CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, May 15, 2010

Hari Ibu

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini. Seronok kan jadi ibu. Ada bahagia, ada derita, ada pahit dan ada manisnya. Sehari sebelum Hari Ibu, kawan saya order chocolate cake untuk dirinya. Katanya apa salahnya beli kek untuk diri sendiri. Nak harap anak-anak dan suami mungkin tidak.


Dan saya pula, tak ada seorang anak pun yang ucapkan Selamat Hari Ibu pada saya. Saya tak terasa apa pun sebab saya sedar anak-anak saya bukan jenis yang mengingati diri saya. Kalau mereka ingatkan hari lahir saya pun itu dah cukup bagus. Mereka tak perlu apa-apa pun dari saya. Nak duit mereka pergi pada bapa mereka, nak nasihat, saya bukan orang yang layak memberi nasihat. Sebab jika mereka dengar nasihat saya tentu mereka tak menentang cakap saya. Mereka pun tak perlukan doa saya untuk berjaya.

Pada Hari Ibu, seorang kawan datang untuk ambil kek yang dipesan. Perkataan pertama, Selamat Hari Ibu, kak sambil memeluk dan mencium pipi saya. Saya balas terima kasih dan ucapkan Selamat Hari Ibu pada beliau juga.

The next day, saya pergi ke rumah seorang kawan lama. Dia bercerita anak-anaknya memberi hadiah sempena hari ibu dan celebrate dengan makan-makan diluar. Saya tak ada memberi komen. Dalam hati baik betul anak-anak beliau sampaikan yang berusia tiga tahun pun bercerita tentang hadiah yang diberikan kepada ibunya.

Di tempat kerja pula, rakan-rakan semua bercerita tentang ucapan-ucapan dan hadiah-hadiah yang diberikan oleh anak-anak kepada mereka. Mereka begitu excited menceritakan tentang perihal ini. Ada yang memberitahu anak nya memberi kad ucapan dengan tambahan ungkapan "maafkan kami ibu kerana selalu menyusahkan ibu" . Hati saya begitu tersentuh. Saya hanya mendiamkan diri kerana tidak ada apa yang hendak diceritakan. Harap-harap mereka tidak perasan.

Saya tidak mengharapkan apa-apa dari anak-anak saya. Tidak hadiah dan tidak juga ucapan yang manis. Saya cuma mengharapkan supaya mereka menghormati saya, mendengar cakap saya dan tidak menderhaka kepada saya. Dan satu lagi saya berharap mereka juga sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk saya dan menghadiahkan fatihah samada saya hidup atau pun dah mati sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan mereka dan menghadiahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada mereka.

Add ImageAdd Image

Anyway, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. Semoga anak-anak kalian sentiasa memberi kebahagian kepada kalian di dunia dan di akhirat. Amin.

0 comments: