CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, October 12, 2010

Hari yang sedih

Seperti kebiasaan, balik kerja saya defrost lauk. Then tengok tv sementara lauk boleh dimasak. Adik dah faham dengan tabiat saya. Saya cakap kat semua supaya bagi peluang saya rehat sementara nak masak selepas penat bekerja. Petang semalam, saya minta remote dari abang untuk menukar ke channel favorite saya, tapi dia tak bagi. Lalu saya menukarnya secara manual. Tapi, abang menukarnya balik ke channel yang diminatinya. Adalah berebut dua tiga kali tukar.

Lepas tu dia campakkan remote hingga pecah dan kemudian memberitahu saya untuk mengambil remote tersebut. Dia seolah-olah memperli saya. Saya hanya diam, malas nak bergaduh. Alangkah hinanya kehidupan saya dengan dia, tanpa ada rasa hormat, hilang rasa kasih sayang dan hilang pertimbangan antara manusia dengan haiwan. Haiwan pun tak berkelakuan sebegini dengan ibunya. Saya pasrah.

Masa makan saya dan suami duk berbincang, cuba mencari kesilapan dalam diri. Sekarang anak lelaki no 2 pulak buat perangai yang sama. Nasihat, amaran langsung tak dihiraukan. rumah ini hanya tempat berteduh baginya. Kalau saya bercakap, dia kata saya ada masalah dengan nya. Dia keluar sesuka hati dan balik sesuka hati. Kalau saya pukul, dia akan lawan balik dan mungkin saya akan mendapat padahnya. Saya pernah ditolak dua kali dan hampir tersungkur. Kalau saya biarkan seolah-olah saya membiarkan dia jatuh ke dalam gaung yang dalam. Saya dah hilang punca untuk menyelesaikan masalah ini. Dah lama dia tak bercakap dengan saya. Bila dia berdepan dengan saya seolah-olah dia berdepan dengan musuh. Mukanya dan reaksinya menunjukkan ciri-ciri tersebut.

Suami ada berkata, dia terfikir untuk lari dari rumah, lari dari berjumpa kedua-dua anak lelaki itu. Tapi apa kan daya, inilah rumah kami, hasil dari titik peluh kami, kami tiada pilihan,

Saya pasrah. Semoga Allah SWT menunjukkan jalan untuk menyelesaikan masalah ini.