CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, October 12, 2010

Hari yang sedih

Seperti kebiasaan, balik kerja saya defrost lauk. Then tengok tv sementara lauk boleh dimasak. Adik dah faham dengan tabiat saya. Saya cakap kat semua supaya bagi peluang saya rehat sementara nak masak selepas penat bekerja. Petang semalam, saya minta remote dari abang untuk menukar ke channel favorite saya, tapi dia tak bagi. Lalu saya menukarnya secara manual. Tapi, abang menukarnya balik ke channel yang diminatinya. Adalah berebut dua tiga kali tukar.

Lepas tu dia campakkan remote hingga pecah dan kemudian memberitahu saya untuk mengambil remote tersebut. Dia seolah-olah memperli saya. Saya hanya diam, malas nak bergaduh. Alangkah hinanya kehidupan saya dengan dia, tanpa ada rasa hormat, hilang rasa kasih sayang dan hilang pertimbangan antara manusia dengan haiwan. Haiwan pun tak berkelakuan sebegini dengan ibunya. Saya pasrah.

Masa makan saya dan suami duk berbincang, cuba mencari kesilapan dalam diri. Sekarang anak lelaki no 2 pulak buat perangai yang sama. Nasihat, amaran langsung tak dihiraukan. rumah ini hanya tempat berteduh baginya. Kalau saya bercakap, dia kata saya ada masalah dengan nya. Dia keluar sesuka hati dan balik sesuka hati. Kalau saya pukul, dia akan lawan balik dan mungkin saya akan mendapat padahnya. Saya pernah ditolak dua kali dan hampir tersungkur. Kalau saya biarkan seolah-olah saya membiarkan dia jatuh ke dalam gaung yang dalam. Saya dah hilang punca untuk menyelesaikan masalah ini. Dah lama dia tak bercakap dengan saya. Bila dia berdepan dengan saya seolah-olah dia berdepan dengan musuh. Mukanya dan reaksinya menunjukkan ciri-ciri tersebut.

Suami ada berkata, dia terfikir untuk lari dari rumah, lari dari berjumpa kedua-dua anak lelaki itu. Tapi apa kan daya, inilah rumah kami, hasil dari titik peluh kami, kami tiada pilihan,

Saya pasrah. Semoga Allah SWT menunjukkan jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Sunday, July 25, 2010

PERKATAAN NEGATIF


Dalam entri yang lepas, saya ada ceritakan yang saya telah mengeluarkan beberapa perkataan yang tak elok semasa memarahi anak saya. Saya berpendapat perkataan sebegini membuatkan mesej saya sampai dan dapat difahami olehnya. Tapi sekarang saya menyesal tak sudah. Terlajak perahu boleh di undur tapi terlajak kata buruk padahnya,

Selepas hari itu kepala saya ni dipenuhi dengan perkataan negatif tu. Dan apabila ada silap sedikit sahaja pun, hati saya akan mengeluarkan perkataan itu walaupun mulut tidak mengucapkannya. Astarfirullahalazim. Ya Allah ampunilah dosa-dosa saya. Sebab itu jugalah saya selalu melarang anak-anak saya menggunakan perkataan negatif ini baik dalam percakapan mahupun dalam penulisan. Contoh-contoh perkataan mereka yang pernah saya baca: malas, gila, bodoh, bangang, babi dan beberapa perkataan lain.

Perkataan sebegini akan mempengaruhi minda dan tindak tanduk perbuatan kita. Jauhilah dari menggunakan perkataan-perkataan negatif ini.

Wednesday, July 21, 2010

FRUST


Kecewa. Pernahkah anda rasa kecewa? Sekarang saya sangat kecewa. Saya ingin melarikan diri dari rumah ini. Saya ingin melarikan diri dari kehidupan ini. Saya dah bosan dengan segala-galanya.

Ibrahim

20 Julai 2010


10.00 malam

Pergi ambil adik balik tuisyen. Mata rasa mengantuk dan menguap dua tiga kali. Cadang balik nanti terus nak tidur.

10.30 malam
Perut keroncong, makan biskut dan teh tarik. Adik masak hotdog. Ibrahim nak pinjam komputer nak fb. Ok, mesti berhenti jam 11.00. Dia agree.

11.00 malam
Suruh stop main komputer. Buat dono je.

11.10 malam
Usung baju yang dah lipat naik atas, then ugut nak off modem. Then, dia stop.

11.30 malam
Siap-siap atas katil, adik solat. Then, suruh adik baca-baca buku sikit sebelum terlena. Kejap lagi dia lena.

12.00 malam
Keluar pergi check Ibrahim. Bau asap rokok sampai keluar bilik. Rupanya duk hisap rokok dalam bilik air.
Bang. bang. Sound kat dia, minta dia keluar dari bilik air. Tak lama dia keluar. Bau asap rokok tambah kuat, rasa nak muntah. Sound lagi sekejap, tak sampai seminit. Dah bosan pasal hal ni sebab dah banyak kali nasihat, marah, tapi dia hisap juga. Lepas tu balik semula ke bilik.

1.00 pagi
Keluar lagi sekali check Ibrahim. Dia tak ada kat bilik. Tanya Angah. Katanya kejap tadi dia ada. Check scooter pun tak ada. Kunci semua pintu, ikat kunci pintu depan dengan hangar bagi tak dapat buka dari luar. Masuk tidur tapi tak dapat lena.

1.40 pagi
Turun ke bawah. Baring-baring kat sofa. Tak dapat lena juga.

2.00 pagi
Dengar bunyi pintu pagar dibuka. Nampak kelibat dia. Dia cuba buka pintu depan tapi tak dapat. Dia ketuk dan tekan loceng, Tak buka pintu. Memang cadang tak nak buka pintu, biar dia tidur kat luar. Lepas tak berjaya buka pintu, dia panjat pagar, lompat bumbung dan buka tingkat kat bilik abang. Rezeki dia sebab lupa nak kunci tingkap bilik abang. Dia berjaya masuk. Tolak dia keluar, tapi dia berjaya juga masuk. Sakit hati hentam dia sekali dengan batang penyapu. Dia rampas batang penyapu dan patahkannya. Start membebel, semua perkataan yang jarang atau tak pernah digunakan selama ini, keluar macam air. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku.

3.00 pagi.
Habis membebel. Rasa sangat marah sebab ini bukan kali pertama dia keluar malam dan kantoi tapi dah banyak kali. Sebelum ni dah bagi nasihat dan dah ingatkan berkali-kali jangan keluar malam tapi dia keluar juga. Last nasihat malam semalam, on the way pergi tuisyen. Siap bagi reason sekali kenapa tak boleh keluar malam and tanya dia faham tak apa yang dicakapkan ni. Dia kata dia faham tapi malam ni dia buat lagi, Air mukanya langsung tak menunjukkan rasa bersalah. Hati saya dah kering, rasa kasihan dah tak ada lagi. Atau kalau adapun mungkin tak sebanyak dulu.

3.30 pagi
Tak dapat tidur lagi. Macamana ni, esok nak pergi kerja, nak drive lagi 40 km. Besok mesti kepala ni bengong. Dah 2 hari kepala sakit berdenyut-denyut, tak tau sebabnya. Lepas zohor aja kepala sakit, meyucuk-nyucuk. Ya Allah, selamatkanlah perjalanan ku ke tempat kerja esok pagi dan hilangkanlah sakit kepala ku ini.

Wahai anak, mengertilah
Janganlah diturutkan jiwa muda mu
Ikutlah nasihat ayah dan ibu
kerana
Ayah dan ibu juga pernah mengharungi usia muda ini
Dan mereka lebih mengerti apa yang terbaik untuk mu

Wahai kakak-kakaknya
Nasihatilah dia
Mungkin suara ibu ini sudah tidak berkesan lagi
Pitching yang sama, ayat yang sama, tone yang sama, suara yang sama
Mungkin
Dia perlukan suara yang lain pula.






Sunday, July 18, 2010

PhD

Jumaat lepas, saya ada berbincang dengan rakan-rakan se office pasal nak sambung belajar buat PhD. Umur saya dah expired tapi kalau cuba apa salahnya. Niat saya nak rehat dari bekerja selama 4 tahun dengan bergaji penuh. Tapi saya tak layak untuk mendapat scholarship dan tuition fees. Tak kisahlah asal saya dapat berehat dan memberi tumpuan kepada anak-anak saya.


Saya ni cakap aje nak berehat, tapi saya tau diri saya, tak akan sia-sia kan peluang yang diberikan. Saya pasti akan berusaha keras untuk mencapai menghabiskan PhD ni. Insyaallah, nanti nak solat istikarah mengenai hal ini.

Dulu masa rakan-rakan mengajak menjejaki mereka, saya tak mau. Kononnya, PhD tu nanti tak ke mana. Cakap saya, baik saya pergi belajar mengaji betulkan tajwid, belajar fiqah dan semua yang berkaitan dengan akhirat. Tup-tup, berubah pulak fikiran ni.

anak-anakku

Hari ni anak saya yang no. 4 tu kena pukul dengan bapa dia. Tak sakit sangat pun, bunyi aja kuat sebab kena pukul dengan surat khabar. Kesnya, malam tadi dia keluar rumah pukul 1:00 pagi pergi cyber cafe. Rata kami mencari, tapi tak jumpa. Dari Shah Alam sampai ke Subang Jaya. Lastly, kami gave up, balik rumah lebih kurang pukul 3.30 pagi. Tup-tup pagi ni masa bangun nak solat subuh, nampak dia terbaring kat sofa depan tv. Dah besar panjang pun kenal pukul lagi.


Saya dulu pun banyak kali kena rotan oleh ayah. Last sekali masa saya form 2, berbirat kat belakang, kalau tak silap 7 rotan. Lebih dari seminggu baru hilang kesannya. Kesnya saya bergaduh dengan adik. Prinsip ayah saya senang aje, kalau sapa-sapa nangis, yang besar kena rotan tak kira sapa yang buat hal dulu. Jadi mangsanya dah tentulah saya. Adik saya memang selalu ambil peluang, cuit sikit pun nak nangis. Tapi saya tau ayah sayang kat saya.

Anak saya yang no 4 ni memang degil. Tersangatlah degil. Ni bukan kali pertama dia keluar malam. Ada sekali tu , dia balik pukul 5 pagi. Tersirap darah saya, bila saya pergi check dia tak ada kat bilik. Dah macam-macam saya buat kat dia, marah, nasihat, dan macam-macam lagi, tapi dia buat tak tau je.

Saya dah tak boleh cerita lagi. sedih. sedih. sedih. Anak-anak saya tak macam anak-anak orang lain.

Monday, July 12, 2010

Anak yang soleh..

Aku impikan anak-anak yang soleh.

Soleh yang bagaimana?

Yang mendengar cakap, tidak rebellious, tidak menentang dan tahu apa yang aku lakukan adalah untuk kebaikan mereka.

Macam lembu cucuk hidung ke?

Taklah sampai macam tu. Tapi, sekurang-kurangnya mereka boleh memahami , boleh di bawa berbincang dan boleh terima alasan yang diberikan. Bukannya ikut kata hati mereka sahaja.

Bagaimana kalau dikurniakan anak yang bodoh tapi mendengar kata?

Alhadulillah, bodoh macamana sekalipun tapi kalau kalau dengar kata insyaallah akan pandai juga.

Losser.......

Sekali lagi aku rasa diriku seorang yang losser. Gagal dalam mendidik anak-anak supaya menjadi orang yang berguna. Aku tak tahu bagaimana untuk membuat dia faham yang apa yang aku lakukan adalah yang terbaik buatnya. Kedegilan, kegilaan, jiwa remaja, pemberontakan menjadikan dia menganggap apa yang aku lakukan kepadanya adalah sampah dan menyusahkan hidupnya.

Pengalaman sepatutnya mengajar aku lebih berhati-hati dalam mendidiknya. Tetapi, pendekatan yang aku gunakan pada kali ini juga tidak berjaya. Anak pertama dulu mungkin aku langsung tidak berpengalaman, tetapi aku cuba berubah dan menukar strategi dalam mendidik seterusnya tetapi nampaknya sia-sia. Nasihat, dorongan, leteran langsung tidak memberi kesan kepadanya.

Musnah.....
Semua harapan dan impianku musnah. Impian untuk melihatnya berjaya dan menjadi pemimpin kepada keluarga hancur berderai. Dialah satu-satunya yang aku harapkan untuk menjadi pelindung keluarga dan wali kepada adik beradik perempuannya.

Kecewa...
Aku kecewa....

Friday, June 18, 2010

UMRAH

Baru dua hari balik dari umrah. Pergi dengan membawa amanah, 2 anak beranak, seorang ibu 71 tahun yang buta huruf dan seorang lagi anaknya 51 tahun yang bersekolah agama setakat darjah 5. Pergi dengan bermahramkan anak saya, 16 tahun tapi tak diterima kerana belum cukup 18 tahun. So, saya dan anak saya bermahramkan dengan seseorang yang tidak saya kenali sementara dua beranak tadi tidak perlukan mahram sebab umur melebihi 45 tahun.

Saya telah menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya. Dari bab-bab rukun umrah hinggalah membawa dua beranak tersebut ke bilik air. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mereka dapat melakukan tiga kali umrah bemiqat di 3 tempat berlainan iaitu Bir Ali, Jaaranah dan Tanaim sementara saya pula dapat melakukan 4 kali umrah. Alhamdulillah, walaupun tak sampai 7 kali umrah itulah sahaja yang saya mampu lakukannya since mahram yang saya bawa ni tidak menjalankan tugasnya untuk menemani saya mengerjakan umrah.

Saya pun tak tahu apa aktivitinya since kami duduk di bilik yang berasingan kerana dia hanya memberitahu dia mengerjakan 2 kali umrah sahaja. Walaubagaimanapun, saya berkali-kali mengingatkan dia tentang fadhilat solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Harap-harap dia ikut nasihat saya.

Semasa umrah kali pertama, saya terkedu dan menitiskan air mata di tangga Masjidil Haram mengenangkan apa yang telah saya lakukan kepada dua beranak tadi tidak dapat saya lakukan perkara yang sama kepada mak saya. Ya Allah, ya Tuhanku, jika Engkau kurniakan pahala ke atas perbuatan ku itu, maka, aku ingin sedekahkan kepada kedua ibubapa ku. Amin.

Hati saya juga tersentuh melihatkan beberapa anak menolak ibu mereka yang tidak berdaya di atas kerusi roda sambil berdoa dan berzikir ke hadrat Allah SWT. Juga beberapa pasang suami-isteri yang berpimpin tangan dan berjalan perlahan-lahan sambil menghabiskan saie. Alangkah bahagianya mempunyai anak-anak yang soleh dan suami/isteri yang berkasih sayang dan sanggup berkongsi kehidupan baik dalam kesenangan mahupun dalam kesusahan.



Monday, May 24, 2010

Reunion

Dua hari lepas, saya pergi college reunion. Sebenarnya malas nak pergi, tapi ingatkan lama tak jumpa kawan-kawan pergi jua akhirnya. Kenapa saya malas nak pergi?


Kat situ nanti semua orang akan bertanya khabar hal anak-anak masing-masing. Semuanya hebat-hebat belaka. Ada yang dah habis univ dan dah bekerja. Ada yang masih kat univ kat luar negara atau dalam negara. Dan bidang yang anak-anak mereka ambil pun hebat-hebat belaka, engineering, accountancy, medic dan macam-macam lagi.

Mereka pun bertanya khabarkan anak-anak saya. Saya malas nak bercerita. Bukan saya tak bangga dengan anak-anak saya. Cuma ciri-ciri yang dibanggakan itu tidak sama dengan ciri-ciri kebanggaan mereka.

Mereka bangga dengan pencapaian akademik. 10 A - SPM, study engineering kat UK bawah scholar Petronas, study medic kat Dublin bawah scholar JPA dan dan ada yang masih belajar kat sekolah-sekolah sains atau mrsm. Semuanya bermotivated, ada vision dan ada determination. Memanglah membanggakan. Anak-anak perhiasan dunia.

Saya juga bangga dengan anak-anak saya. Anak sulung saya walaupun tak excell, seorang yang sangat pemaaf. Yang kedua cantik, yang ketiga sangat rajin, dan amat memahami, yang keempat tall and handsome and last one sempurna dalam menyelesaikan kerja. Banyak perkara lain yang membanggakan saya yang tidak dapat saya ceritakan.

Saya cuma berharap walaupun tak excell dalam pendidikan maupun pekerjaan, mereka sentiasa ingat dan mendoakan kesejahteraan saya di dunia dan di akhirat. Bila saya tua nanti, mereka meluangkan masa untuk menziarah saya atau sekurang-kurangnya menelefon bertanyakan khabar diri saya. Dan saya juga berharap jika saya meninggal dunia, mereka ada masa untuk datang menziarahi,memandi dan menyembahyangkan jenazah saya. Dan mereka juga tak lupa untuk menghadiahkan saya ayat-ayat suci al Quran pada setiap hari.


Wednesday, May 19, 2010

Sakit

Hari ini saya demam selsema. Tekak sakit dan perit dari semalam lagi. Pagi tadi sebelum pergi kerja saya dah ambil madu habbatus sauda. Alhamdulillah dah kurang sikit sakit tekaknya tapi hidung ni tak berhenti-henti berair. Muka pun rasa macam terbakar.


Kawan saya cakap pergilah balik dan pergi klinik. Saya pun bercadang macam tu tapi seluruh badan sakit dan saya betul-betul tak larat. At the end, saya hanya terbaring kat dalam bilik bawah.

Anak sulung saya cakap, ummie demam nanti abang belikan bubur nasi panas kat Night Circle. Saya kata tak payahlah sebab tekak tak berselera. Mulia sungguh hatinya.

Lepas tu terbaringlah saya kat dalam bilik tu sampai tengah malam. Tak ada sapa yang tanya nak bawa saya ke klinik ke atau nak urut saya yang sakit seluruh badan ni.

Anak-anak saya memang macam tu. Mereka tak heran kalau saya tak ada depan mata mereka. Kalau seminggu pun saya tak ada tak ada sapa yang tanya ke mana saya pergi. Tak ada yang nak tanya 'ummie mana?' Macam yang saya kata sebelum ni, saya ni tidak significant langsung pada mereka.

Hanya saya saja yang menjegok bilik mereka setiap malam dan kadang-kadang mengusap kepala mereka. Kalau sakit demam tentulah saya orang yang paling susah hati. Dulu masa mereka kecil saya pernah berdoa kat Allah minta penyakit tu di alihkan kepada saya sebab kesian dengan mereka. Tapi itu cerita dulu.

Anyway, suami saya pun sama juga. Kalau saya sakit, dia langsung tak mendekati saya. Tak tanya pun saya sakit kat mana dan bawa saya pergi klinik. Nak urut-urut jauh sekali. Tak heran pun kalau saya tertidur kat bawah. Langsung tak ada nak kejutkan saya dan ajak saya naik tidur kat atas.

Saya dah masak dengan perangai dia, dah 25 tahun berkahwin. Kadang-kadang saya terkilan. Tapi tak apalah dah rezeki saya macam ni. Sebab tulah saya rasa Allah jarang-jarang bagi saya sakit. Sebab tak ada orang yang kasihani saya. Tapi, insyaallah Allah sangat kasihan dan menyayangi saya.

Kadang-kadang saya terfikir, kalau saya kena heart attack atau mati sorang-sorang kat bawah ni, sapa yang akan sedar. Nauzubillah. Dan kadang-kadang saya pun terfikir kalau saya sakit berat, bedridden ke, sapa yang nak jaga saya? Adakah mereka akan tinggalkan saya kat hospital atau letakkan saya di rumah kebajikan? Ya Allah, ya tuhanku, permudahkanlah kehidupan saya, permudahkanlah kematian saya. Jangan jadikan kehidupan, kesakitan dan penderitaan saya menjadi beban kepada orang lain. Amin.

Selamat Hari Guru

Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru. Hari Guru jatuh pada hari Ahad, so celebrationnya dibuat pada hari Isnin. Pada saya, semua orang adalah guru sebab guru itu orang yang menyampaikan ilmu kepada orang lain walaupun sepotong ayat. So, ilmu tu pulak macam-macam, ada ilmu yang baik dan ada ilmu yang tidak baik. Walau bagaimanapun, guru yang disebut-sebut itu selalunya guru yang menyampaikan ilmu yang baik dan berfaedah kepada orang lain.


Dari malam, saya tak putus-putus menerima sms dari kawan-kawan dan bekas pelajar untuk mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih kerana masih ada yang mengingati saya. Salah satu sms yang sangat menyentuh perasaan:

Guru itu mulia bukan pada pangkat atau hartanya tapi pada budi.
Guru itu mulia bukan pada ilmunya semata tapi asuh, didik dan ajarannya.
Guru itu mulia bukan kerana sijil tingginya tapi pada tekun, tabah dan sabarnya.
Guru itu mulia bukan kerana ramaimuridnya yang berjaya dalam peperiksaan tapi
tapi pada muridnya yang berakhlak mulia
Guru itu mulia dan tempatnya hanya di syurga.

SELAMAT HARI GURU


View Image


Saturday, May 15, 2010

Hari Ibu

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini. Seronok kan jadi ibu. Ada bahagia, ada derita, ada pahit dan ada manisnya. Sehari sebelum Hari Ibu, kawan saya order chocolate cake untuk dirinya. Katanya apa salahnya beli kek untuk diri sendiri. Nak harap anak-anak dan suami mungkin tidak.


Dan saya pula, tak ada seorang anak pun yang ucapkan Selamat Hari Ibu pada saya. Saya tak terasa apa pun sebab saya sedar anak-anak saya bukan jenis yang mengingati diri saya. Kalau mereka ingatkan hari lahir saya pun itu dah cukup bagus. Mereka tak perlu apa-apa pun dari saya. Nak duit mereka pergi pada bapa mereka, nak nasihat, saya bukan orang yang layak memberi nasihat. Sebab jika mereka dengar nasihat saya tentu mereka tak menentang cakap saya. Mereka pun tak perlukan doa saya untuk berjaya.

Pada Hari Ibu, seorang kawan datang untuk ambil kek yang dipesan. Perkataan pertama, Selamat Hari Ibu, kak sambil memeluk dan mencium pipi saya. Saya balas terima kasih dan ucapkan Selamat Hari Ibu pada beliau juga.

The next day, saya pergi ke rumah seorang kawan lama. Dia bercerita anak-anaknya memberi hadiah sempena hari ibu dan celebrate dengan makan-makan diluar. Saya tak ada memberi komen. Dalam hati baik betul anak-anak beliau sampaikan yang berusia tiga tahun pun bercerita tentang hadiah yang diberikan kepada ibunya.

Di tempat kerja pula, rakan-rakan semua bercerita tentang ucapan-ucapan dan hadiah-hadiah yang diberikan oleh anak-anak kepada mereka. Mereka begitu excited menceritakan tentang perihal ini. Ada yang memberitahu anak nya memberi kad ucapan dengan tambahan ungkapan "maafkan kami ibu kerana selalu menyusahkan ibu" . Hati saya begitu tersentuh. Saya hanya mendiamkan diri kerana tidak ada apa yang hendak diceritakan. Harap-harap mereka tidak perasan.

Saya tidak mengharapkan apa-apa dari anak-anak saya. Tidak hadiah dan tidak juga ucapan yang manis. Saya cuma mengharapkan supaya mereka menghormati saya, mendengar cakap saya dan tidak menderhaka kepada saya. Dan satu lagi saya berharap mereka juga sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk saya dan menghadiahkan fatihah samada saya hidup atau pun dah mati sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan mereka dan menghadiahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada mereka.

Add ImageAdd Image

Anyway, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. Semoga anak-anak kalian sentiasa memberi kebahagian kepada kalian di dunia dan di akhirat. Amin.

Monday, May 10, 2010

Exam

Pasal exam lagi. Anak saya cakap dia bukan A+ student. She has to struggle hard in every exam. Saya pun macam tu dulu. Masa buat english course kat US dulu saya dimasukkan ke kelas paling bawah (level 6) selepas exam TOEFL. Bayangkan saya seorang saja dalam kelas tu sedangkan semua kawan-kawan kat level yang lebih tinggi. So, class activity mereka sudah tentu tak sama dengan saya. Bila mereka pergi field trip ke atau aktiviti yang lain sudah tentu saya ditinggalkan. Saya pura-pura tak kisah, inferiority complex dan macam-macam lagi. Anyway saya slowly pickup and finally after mid sem saya di naikkan ke kelas level 7.

Semasa tahun 1 hingga tahun 4, perbezaan tak begitu ketara kerana semua orang duduk di kelas yang sama. Macam anak saya kata kita bukan compete dengan orang tapi compete dengan diri kita sendiri. Macam sebelum ni juga saya agak slow pada setiap awal semester then saya mula pick up. Saya terpaksa struggle. Orang lain boleh gelak-gelak dan ada masa untuk bermain tapi saya terpaksa gelak dan main dengan buku. Then, alhamdulillah saya tamat pengajian dengan satu subjek saja mengulang, saya masih ingat subjek structure, Prof Ehsan, orang Iran.
Anyway, saya berbangga sebab saya tak minta extent biasiswa sebab habis on time. Ada yang pandai-pandai tapi extent biasiswa sampai dua semester. No comment. Kita kena banyak muhasabah diri kita. Kalau kita buka A+ student, tahu-tahulah banyak mana effort yang kita kena lakukan.
Balik Malaysia, then kerja jadi cikgu. Lepas tu, minta pergi buat course kat Japan. Macam biasa, lepas exam kelayakan, saya adalah salah seorang yang tercorot. Beberapa hari saya cuba mencari di mana kelemahan saya. Lepas tu masuk bilik air pun bawa buku. Akhirnya final exam, saya dapat A dengan markah 92. Bolehlah berbahasa Jepun sikit-sikit.
Selepas pulang dari Jepun, saya apply buat Master. Tak sangka sekali pohon saja dapat. Dan saya guru pertama kat Malaysia ni yang dapat buat Master dalam Engineering. Gila tak? Langsung tak ada kaitan dengan profesion saya. Tapi tak apa mungkin saya boleh apply Politeknik bila tamat nanti.
Masa buat Master, saya rasa macam orang mabuk. Dah lebih dari 10 tahun tinggalkan subject engineering. Classmate saya semuanya engineer tapi saya.... Thanks to supervisor, dia nasihatkan saya supaya masuk undergrad class to refresh my memory. Belajar dengan budak-budak yang sama baya dengan anak saya. Tak apa, saya kuatkan semangat, hadir kelas-kelas yang disyorkan hingga tamat semester disamping kelas master. Dan yang paling pening dalam kelas master tu saya the only melayu. Rasa macam study kat oversea pulak. Also thanks to my friends yang banyak membantu. Masa tu rasanya nak naik bukit dan menjerit sekuat-kuat hati. Apa pasal lah saya mohon buat master dalam engineering, memang betul cari penyakit.
Setelah merangkak pelahan-lahan, saya tamat juga master dengan jayanya. Yang sedihnya saya tak dapat apply ilmu yang saya pelajari itu kerana saya ditempatkan di ..... selepas tamat belajar. Ini sebahagian dari kisah hidup belajar saya.
Buat anak saya, jangan give up. Walaupun kita bukan A+ student, dengan usaha tanpa jemu, insyaallah kita akan dapat apa yang kita nak. Allah tidak menzalimi hambanya. Yang penting kita hendaklah sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Friday, April 23, 2010

Finally, exam is over. Exam apa lagi kalau bukan PTK. Very stressfull. Nak bagi naik pangkat, tapi kena lulus PTK. Macam-macam nak kenakan kita. Satu minggu saya tak tentu hala. Malam tak dapat tidur, kerisauan yang melampau. Baru saya faham apa yang anak saya alami. Dia selalu bagitau tak dapat tidur especially during exam. Saya cakap apa? Relaks Yang.


Dulu masa saya muda-muda tak macam ni. Masa exam tulah tak boleh bukak mata. Mengantuk yang melampau, so moral nya kena study awal.

One week before exam, saya hadiri taklimat tips nak jawab exam. Okeylah juga. Penceramah bagi tips, sebelum exam jangan makan kabohidrat, nanti perut proses makanan kita akan mengantuk and minum glucose supaya otak boleh berfungsi dengan baik masa exam.

So, pagi hari exam, saya rasa macam zombie sebab tak lena tidur malam tadi. Kepala tak betul so saya basahkan kepala tapi tak menjadi jugak. Nak minum glucose tapi tak ada, so sebagai ganti saya minum satu sudu madu dan habbatus sauda. Alhamdulillah sepanjang exam, semua berjalan dengan baik.

Wednesday, March 17, 2010

Hi,
Just came back from holiday. I need another holiday to recover this holiday. Very tiring and lots of fun.

Sunday, January 31, 2010

14 Disember 1984

YANG TUA DAN YANG USANG

Dengarlah wahai anakku
Dari wajah-wajah yang buruk
Tidak terjeruk segala yang busuk
Dari wajah yang ayu
Tidak terpancar semua yang bermadu
Bila panas sehari
Kedengaran merengek anak maya
Bila huja semalam
Tidak terlingkar senyum di dada
Mengapa demikian anak insan
Hujan panas rahmatnya sama
Kalau panas sepanjang zaman
Setitik air tiada nilainya
Bila hujan mencurah bumi
Bila suria menyorok diri
Selaut air tiada harganya
Sepancar sinar menggunung bahagia

Mengapa demikian wahai insan
Menjauh diri di gelap malam
Lari dari lembah yang curam
Hanya mau dibelai sayang

Tidakkah kau fikir wahai anakku
Syurga itu dilindungi kelam
Tidurmu lena di gelap malam
Dalam kepanasan yang mencengkam
Kau cari kedinginan yang membeku

Aku tahu anakku......!
Engkau membenci segala yang usang
Engkau mencemuh segala yang buruk
Tetapi jangan kau lupa
Dalam perutmu sendiri
Terkumpul segala yang bususk
Dan buruk
Dengan bau dan warna
Tetapi itulah inti
Itulah pati
Yang membina kekuatan jasadmu

Dengarlah wahai anakku.....!
Dalam laut kehidupan ini
Tiada yang jelik tiada yang baik
Yang ada hanya perimbangan
Di antara dua silih berganti
Di antara yang kosong dan yang padu
Engkau menghela nafas terakhir hayatmu
Jadi jangan kau hina segala yang busuk
Atau memusuhi segala yang buruk
Kerana yang kau hina itu
Adalah dirimu sendiri

Sedarlah anakku........!
Apa yang kau terima itu
Adalah titisan yang dulu
Apa yang kau cipta sekarang
Titisan yang berpanjangan
Kerana yang tua dan yang usang
Adalah warisan sejarah
Penyambung zaman dan keturunan

A....
Semoga Allah berkati segala usahamu yang diredhai Nya.
Semoga kau sentiasa mendapat petunjuk dan bimbingan
dalam memilih persimpangan jalan menuju ke arah kebenaran.

Amin...

Doaku,
K.......
Jumaat 6.30 pm

Sunday, January 10, 2010

Jobs that stay

Dalam Star Newspaper today, 9 jenis pekerjaan yang digelar recession-proof. according to them the best person for the job is
1) Guru Agama - someone who has a burning desire to give of himself and his knowledge, and is interested in humanity.
2)Pendidik- self-motivated person who is extremely passionate about education and someone who has a holistic idea of education would go far.
3) Optometrist - someone who is really passionate about optometry
4) Paralegal - someone who possesses passion, persistence and patience
5) Hairstylist- someone who talks or dengan lain perkataan good communication skill, good sense of fashion
6) Waste Management Specialist- an individual with strong analytical skills and the ability to plan and implement projects as well as the interest to keep himself abreast with the lates developments in waste management technologies
7) Nurse - someone not to be too emotional or sensitive, physically strong
8) Doctor - someone with interest in the field who is not being forced into it. Needs to love the patient, caring, understanding.
9) Undertaker - someone who can deal wth people. Patient with their request or idosyncrasies

Thursday, January 7, 2010

Pisang goreng wok bongkok


Petang tadi sembang dengan kawan baik kat ofis pasal goreng pisang yang dijual kat sebelah cafe dah tak sedap macam dulu. Teringatlah pisang goreng masa sekolah rendah dulu. On the way balik sekolah ada satu makcik jual pisang goreng kat tepi jalan. Kalau ada duit belanja lebih saya mesti beli. Pisang gorengnya memang umph.
Orang memanggilnya pisang goreng wok bongkok. Kenapa nama ni? Sebab makcik yang menjualnya bernama wok dan bongkok. Saya salute kat makcik tu pasal dia betul-betul gigih. Years later dia pergi haji hasil jualan goreng pisangnya itu.

Saya pernah ternampak cara dia membancuh tepung untuk menggoreng pisang. Kalau tak silap saya, dia campurkan satu paket besar tepung beras dengan satu biji telur itik, sedikit air kapur, garam dan serbuk kunyit. Saya dah cuba dan memang menjadi ranggup dan tak serap minyak.

Petua
** Jangan terlebih telur, nanti pisang goreng lembik dan tidak ranggup apabila sejuk.
Selamat Mencuba

Wednesday, January 6, 2010

Hari pertama sekolah





Minggu ni minggu pertama sesi persekolahan 2010. Hari pertama semua orang sibuk. Budak-budak Tahun 1 dengan ragam masing-masing. Mak ayah juga tak kurang ragamnya.


Hari pertama saya dulu, mak hantar saya ke sekolah. Lepas tu pandai-pandailah pergi sendiri. Dari darjah 1 hingga darjah 6 saya jalan kaki ke sekolah berseorangan sebab rakan-rakan yang sekampung dan seumur dengan saya kebanyakkannya ada basikal. Jauhnya lebihkurang 3 km. Zaman tu 3 km tu sangatlah jauh sebab kiri kanan semak samun. Saya pun tak pernah berkisah. Kalau saya minta ayah belikan basikal, confirm 100% tak dapat.



Yang paling seronok bila balik saya terserempak dengan ayah di jalan. So, dapatlah tumpang naik beca ayah. Dan yang paling menakutkan apabila terserempak dengan Pak Man Kucing. Sapa Pak Man Kucing ni? Orang g***. Bila terserempak aje, saya lari lintang pukang. Pak Man ni tak pernah kacau orang pun. Tapi takutnya semacam.