CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, June 18, 2010

UMRAH

Baru dua hari balik dari umrah. Pergi dengan membawa amanah, 2 anak beranak, seorang ibu 71 tahun yang buta huruf dan seorang lagi anaknya 51 tahun yang bersekolah agama setakat darjah 5. Pergi dengan bermahramkan anak saya, 16 tahun tapi tak diterima kerana belum cukup 18 tahun. So, saya dan anak saya bermahramkan dengan seseorang yang tidak saya kenali sementara dua beranak tadi tidak perlukan mahram sebab umur melebihi 45 tahun.

Saya telah menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya. Dari bab-bab rukun umrah hinggalah membawa dua beranak tersebut ke bilik air. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mereka dapat melakukan tiga kali umrah bemiqat di 3 tempat berlainan iaitu Bir Ali, Jaaranah dan Tanaim sementara saya pula dapat melakukan 4 kali umrah. Alhamdulillah, walaupun tak sampai 7 kali umrah itulah sahaja yang saya mampu lakukannya since mahram yang saya bawa ni tidak menjalankan tugasnya untuk menemani saya mengerjakan umrah.

Saya pun tak tahu apa aktivitinya since kami duduk di bilik yang berasingan kerana dia hanya memberitahu dia mengerjakan 2 kali umrah sahaja. Walaubagaimanapun, saya berkali-kali mengingatkan dia tentang fadhilat solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Harap-harap dia ikut nasihat saya.

Semasa umrah kali pertama, saya terkedu dan menitiskan air mata di tangga Masjidil Haram mengenangkan apa yang telah saya lakukan kepada dua beranak tadi tidak dapat saya lakukan perkara yang sama kepada mak saya. Ya Allah, ya Tuhanku, jika Engkau kurniakan pahala ke atas perbuatan ku itu, maka, aku ingin sedekahkan kepada kedua ibubapa ku. Amin.

Hati saya juga tersentuh melihatkan beberapa anak menolak ibu mereka yang tidak berdaya di atas kerusi roda sambil berdoa dan berzikir ke hadrat Allah SWT. Juga beberapa pasang suami-isteri yang berpimpin tangan dan berjalan perlahan-lahan sambil menghabiskan saie. Alangkah bahagianya mempunyai anak-anak yang soleh dan suami/isteri yang berkasih sayang dan sanggup berkongsi kehidupan baik dalam kesenangan mahupun dalam kesusahan.