CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, May 24, 2010

Reunion

Dua hari lepas, saya pergi college reunion. Sebenarnya malas nak pergi, tapi ingatkan lama tak jumpa kawan-kawan pergi jua akhirnya. Kenapa saya malas nak pergi?


Kat situ nanti semua orang akan bertanya khabar hal anak-anak masing-masing. Semuanya hebat-hebat belaka. Ada yang dah habis univ dan dah bekerja. Ada yang masih kat univ kat luar negara atau dalam negara. Dan bidang yang anak-anak mereka ambil pun hebat-hebat belaka, engineering, accountancy, medic dan macam-macam lagi.

Mereka pun bertanya khabarkan anak-anak saya. Saya malas nak bercerita. Bukan saya tak bangga dengan anak-anak saya. Cuma ciri-ciri yang dibanggakan itu tidak sama dengan ciri-ciri kebanggaan mereka.

Mereka bangga dengan pencapaian akademik. 10 A - SPM, study engineering kat UK bawah scholar Petronas, study medic kat Dublin bawah scholar JPA dan dan ada yang masih belajar kat sekolah-sekolah sains atau mrsm. Semuanya bermotivated, ada vision dan ada determination. Memanglah membanggakan. Anak-anak perhiasan dunia.

Saya juga bangga dengan anak-anak saya. Anak sulung saya walaupun tak excell, seorang yang sangat pemaaf. Yang kedua cantik, yang ketiga sangat rajin, dan amat memahami, yang keempat tall and handsome and last one sempurna dalam menyelesaikan kerja. Banyak perkara lain yang membanggakan saya yang tidak dapat saya ceritakan.

Saya cuma berharap walaupun tak excell dalam pendidikan maupun pekerjaan, mereka sentiasa ingat dan mendoakan kesejahteraan saya di dunia dan di akhirat. Bila saya tua nanti, mereka meluangkan masa untuk menziarah saya atau sekurang-kurangnya menelefon bertanyakan khabar diri saya. Dan saya juga berharap jika saya meninggal dunia, mereka ada masa untuk datang menziarahi,memandi dan menyembahyangkan jenazah saya. Dan mereka juga tak lupa untuk menghadiahkan saya ayat-ayat suci al Quran pada setiap hari.


Wednesday, May 19, 2010

Sakit

Hari ini saya demam selsema. Tekak sakit dan perit dari semalam lagi. Pagi tadi sebelum pergi kerja saya dah ambil madu habbatus sauda. Alhamdulillah dah kurang sikit sakit tekaknya tapi hidung ni tak berhenti-henti berair. Muka pun rasa macam terbakar.


Kawan saya cakap pergilah balik dan pergi klinik. Saya pun bercadang macam tu tapi seluruh badan sakit dan saya betul-betul tak larat. At the end, saya hanya terbaring kat dalam bilik bawah.

Anak sulung saya cakap, ummie demam nanti abang belikan bubur nasi panas kat Night Circle. Saya kata tak payahlah sebab tekak tak berselera. Mulia sungguh hatinya.

Lepas tu terbaringlah saya kat dalam bilik tu sampai tengah malam. Tak ada sapa yang tanya nak bawa saya ke klinik ke atau nak urut saya yang sakit seluruh badan ni.

Anak-anak saya memang macam tu. Mereka tak heran kalau saya tak ada depan mata mereka. Kalau seminggu pun saya tak ada tak ada sapa yang tanya ke mana saya pergi. Tak ada yang nak tanya 'ummie mana?' Macam yang saya kata sebelum ni, saya ni tidak significant langsung pada mereka.

Hanya saya saja yang menjegok bilik mereka setiap malam dan kadang-kadang mengusap kepala mereka. Kalau sakit demam tentulah saya orang yang paling susah hati. Dulu masa mereka kecil saya pernah berdoa kat Allah minta penyakit tu di alihkan kepada saya sebab kesian dengan mereka. Tapi itu cerita dulu.

Anyway, suami saya pun sama juga. Kalau saya sakit, dia langsung tak mendekati saya. Tak tanya pun saya sakit kat mana dan bawa saya pergi klinik. Nak urut-urut jauh sekali. Tak heran pun kalau saya tertidur kat bawah. Langsung tak ada nak kejutkan saya dan ajak saya naik tidur kat atas.

Saya dah masak dengan perangai dia, dah 25 tahun berkahwin. Kadang-kadang saya terkilan. Tapi tak apalah dah rezeki saya macam ni. Sebab tulah saya rasa Allah jarang-jarang bagi saya sakit. Sebab tak ada orang yang kasihani saya. Tapi, insyaallah Allah sangat kasihan dan menyayangi saya.

Kadang-kadang saya terfikir, kalau saya kena heart attack atau mati sorang-sorang kat bawah ni, sapa yang akan sedar. Nauzubillah. Dan kadang-kadang saya pun terfikir kalau saya sakit berat, bedridden ke, sapa yang nak jaga saya? Adakah mereka akan tinggalkan saya kat hospital atau letakkan saya di rumah kebajikan? Ya Allah, ya tuhanku, permudahkanlah kehidupan saya, permudahkanlah kematian saya. Jangan jadikan kehidupan, kesakitan dan penderitaan saya menjadi beban kepada orang lain. Amin.

Selamat Hari Guru

Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru. Hari Guru jatuh pada hari Ahad, so celebrationnya dibuat pada hari Isnin. Pada saya, semua orang adalah guru sebab guru itu orang yang menyampaikan ilmu kepada orang lain walaupun sepotong ayat. So, ilmu tu pulak macam-macam, ada ilmu yang baik dan ada ilmu yang tidak baik. Walau bagaimanapun, guru yang disebut-sebut itu selalunya guru yang menyampaikan ilmu yang baik dan berfaedah kepada orang lain.


Dari malam, saya tak putus-putus menerima sms dari kawan-kawan dan bekas pelajar untuk mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih kerana masih ada yang mengingati saya. Salah satu sms yang sangat menyentuh perasaan:

Guru itu mulia bukan pada pangkat atau hartanya tapi pada budi.
Guru itu mulia bukan pada ilmunya semata tapi asuh, didik dan ajarannya.
Guru itu mulia bukan kerana sijil tingginya tapi pada tekun, tabah dan sabarnya.
Guru itu mulia bukan kerana ramaimuridnya yang berjaya dalam peperiksaan tapi
tapi pada muridnya yang berakhlak mulia
Guru itu mulia dan tempatnya hanya di syurga.

SELAMAT HARI GURU


View Image


Saturday, May 15, 2010

Hari Ibu

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini. Seronok kan jadi ibu. Ada bahagia, ada derita, ada pahit dan ada manisnya. Sehari sebelum Hari Ibu, kawan saya order chocolate cake untuk dirinya. Katanya apa salahnya beli kek untuk diri sendiri. Nak harap anak-anak dan suami mungkin tidak.


Dan saya pula, tak ada seorang anak pun yang ucapkan Selamat Hari Ibu pada saya. Saya tak terasa apa pun sebab saya sedar anak-anak saya bukan jenis yang mengingati diri saya. Kalau mereka ingatkan hari lahir saya pun itu dah cukup bagus. Mereka tak perlu apa-apa pun dari saya. Nak duit mereka pergi pada bapa mereka, nak nasihat, saya bukan orang yang layak memberi nasihat. Sebab jika mereka dengar nasihat saya tentu mereka tak menentang cakap saya. Mereka pun tak perlukan doa saya untuk berjaya.

Pada Hari Ibu, seorang kawan datang untuk ambil kek yang dipesan. Perkataan pertama, Selamat Hari Ibu, kak sambil memeluk dan mencium pipi saya. Saya balas terima kasih dan ucapkan Selamat Hari Ibu pada beliau juga.

The next day, saya pergi ke rumah seorang kawan lama. Dia bercerita anak-anaknya memberi hadiah sempena hari ibu dan celebrate dengan makan-makan diluar. Saya tak ada memberi komen. Dalam hati baik betul anak-anak beliau sampaikan yang berusia tiga tahun pun bercerita tentang hadiah yang diberikan kepada ibunya.

Di tempat kerja pula, rakan-rakan semua bercerita tentang ucapan-ucapan dan hadiah-hadiah yang diberikan oleh anak-anak kepada mereka. Mereka begitu excited menceritakan tentang perihal ini. Ada yang memberitahu anak nya memberi kad ucapan dengan tambahan ungkapan "maafkan kami ibu kerana selalu menyusahkan ibu" . Hati saya begitu tersentuh. Saya hanya mendiamkan diri kerana tidak ada apa yang hendak diceritakan. Harap-harap mereka tidak perasan.

Saya tidak mengharapkan apa-apa dari anak-anak saya. Tidak hadiah dan tidak juga ucapan yang manis. Saya cuma mengharapkan supaya mereka menghormati saya, mendengar cakap saya dan tidak menderhaka kepada saya. Dan satu lagi saya berharap mereka juga sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk saya dan menghadiahkan fatihah samada saya hidup atau pun dah mati sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan mereka dan menghadiahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada mereka.

Add ImageAdd Image

Anyway, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. Semoga anak-anak kalian sentiasa memberi kebahagian kepada kalian di dunia dan di akhirat. Amin.

Monday, May 10, 2010

Exam

Pasal exam lagi. Anak saya cakap dia bukan A+ student. She has to struggle hard in every exam. Saya pun macam tu dulu. Masa buat english course kat US dulu saya dimasukkan ke kelas paling bawah (level 6) selepas exam TOEFL. Bayangkan saya seorang saja dalam kelas tu sedangkan semua kawan-kawan kat level yang lebih tinggi. So, class activity mereka sudah tentu tak sama dengan saya. Bila mereka pergi field trip ke atau aktiviti yang lain sudah tentu saya ditinggalkan. Saya pura-pura tak kisah, inferiority complex dan macam-macam lagi. Anyway saya slowly pickup and finally after mid sem saya di naikkan ke kelas level 7.

Semasa tahun 1 hingga tahun 4, perbezaan tak begitu ketara kerana semua orang duduk di kelas yang sama. Macam anak saya kata kita bukan compete dengan orang tapi compete dengan diri kita sendiri. Macam sebelum ni juga saya agak slow pada setiap awal semester then saya mula pick up. Saya terpaksa struggle. Orang lain boleh gelak-gelak dan ada masa untuk bermain tapi saya terpaksa gelak dan main dengan buku. Then, alhamdulillah saya tamat pengajian dengan satu subjek saja mengulang, saya masih ingat subjek structure, Prof Ehsan, orang Iran.
Anyway, saya berbangga sebab saya tak minta extent biasiswa sebab habis on time. Ada yang pandai-pandai tapi extent biasiswa sampai dua semester. No comment. Kita kena banyak muhasabah diri kita. Kalau kita buka A+ student, tahu-tahulah banyak mana effort yang kita kena lakukan.
Balik Malaysia, then kerja jadi cikgu. Lepas tu, minta pergi buat course kat Japan. Macam biasa, lepas exam kelayakan, saya adalah salah seorang yang tercorot. Beberapa hari saya cuba mencari di mana kelemahan saya. Lepas tu masuk bilik air pun bawa buku. Akhirnya final exam, saya dapat A dengan markah 92. Bolehlah berbahasa Jepun sikit-sikit.
Selepas pulang dari Jepun, saya apply buat Master. Tak sangka sekali pohon saja dapat. Dan saya guru pertama kat Malaysia ni yang dapat buat Master dalam Engineering. Gila tak? Langsung tak ada kaitan dengan profesion saya. Tapi tak apa mungkin saya boleh apply Politeknik bila tamat nanti.
Masa buat Master, saya rasa macam orang mabuk. Dah lebih dari 10 tahun tinggalkan subject engineering. Classmate saya semuanya engineer tapi saya.... Thanks to supervisor, dia nasihatkan saya supaya masuk undergrad class to refresh my memory. Belajar dengan budak-budak yang sama baya dengan anak saya. Tak apa, saya kuatkan semangat, hadir kelas-kelas yang disyorkan hingga tamat semester disamping kelas master. Dan yang paling pening dalam kelas master tu saya the only melayu. Rasa macam study kat oversea pulak. Also thanks to my friends yang banyak membantu. Masa tu rasanya nak naik bukit dan menjerit sekuat-kuat hati. Apa pasal lah saya mohon buat master dalam engineering, memang betul cari penyakit.
Setelah merangkak pelahan-lahan, saya tamat juga master dengan jayanya. Yang sedihnya saya tak dapat apply ilmu yang saya pelajari itu kerana saya ditempatkan di ..... selepas tamat belajar. Ini sebahagian dari kisah hidup belajar saya.
Buat anak saya, jangan give up. Walaupun kita bukan A+ student, dengan usaha tanpa jemu, insyaallah kita akan dapat apa yang kita nak. Allah tidak menzalimi hambanya. Yang penting kita hendaklah sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah.