CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, July 21, 2010

FRUST


Kecewa. Pernahkah anda rasa kecewa? Sekarang saya sangat kecewa. Saya ingin melarikan diri dari rumah ini. Saya ingin melarikan diri dari kehidupan ini. Saya dah bosan dengan segala-galanya.

Ibrahim

20 Julai 2010


10.00 malam

Pergi ambil adik balik tuisyen. Mata rasa mengantuk dan menguap dua tiga kali. Cadang balik nanti terus nak tidur.

10.30 malam
Perut keroncong, makan biskut dan teh tarik. Adik masak hotdog. Ibrahim nak pinjam komputer nak fb. Ok, mesti berhenti jam 11.00. Dia agree.

11.00 malam
Suruh stop main komputer. Buat dono je.

11.10 malam
Usung baju yang dah lipat naik atas, then ugut nak off modem. Then, dia stop.

11.30 malam
Siap-siap atas katil, adik solat. Then, suruh adik baca-baca buku sikit sebelum terlena. Kejap lagi dia lena.

12.00 malam
Keluar pergi check Ibrahim. Bau asap rokok sampai keluar bilik. Rupanya duk hisap rokok dalam bilik air.
Bang. bang. Sound kat dia, minta dia keluar dari bilik air. Tak lama dia keluar. Bau asap rokok tambah kuat, rasa nak muntah. Sound lagi sekejap, tak sampai seminit. Dah bosan pasal hal ni sebab dah banyak kali nasihat, marah, tapi dia hisap juga. Lepas tu balik semula ke bilik.

1.00 pagi
Keluar lagi sekali check Ibrahim. Dia tak ada kat bilik. Tanya Angah. Katanya kejap tadi dia ada. Check scooter pun tak ada. Kunci semua pintu, ikat kunci pintu depan dengan hangar bagi tak dapat buka dari luar. Masuk tidur tapi tak dapat lena.

1.40 pagi
Turun ke bawah. Baring-baring kat sofa. Tak dapat lena juga.

2.00 pagi
Dengar bunyi pintu pagar dibuka. Nampak kelibat dia. Dia cuba buka pintu depan tapi tak dapat. Dia ketuk dan tekan loceng, Tak buka pintu. Memang cadang tak nak buka pintu, biar dia tidur kat luar. Lepas tak berjaya buka pintu, dia panjat pagar, lompat bumbung dan buka tingkat kat bilik abang. Rezeki dia sebab lupa nak kunci tingkap bilik abang. Dia berjaya masuk. Tolak dia keluar, tapi dia berjaya juga masuk. Sakit hati hentam dia sekali dengan batang penyapu. Dia rampas batang penyapu dan patahkannya. Start membebel, semua perkataan yang jarang atau tak pernah digunakan selama ini, keluar macam air. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku.

3.00 pagi.
Habis membebel. Rasa sangat marah sebab ini bukan kali pertama dia keluar malam dan kantoi tapi dah banyak kali. Sebelum ni dah bagi nasihat dan dah ingatkan berkali-kali jangan keluar malam tapi dia keluar juga. Last nasihat malam semalam, on the way pergi tuisyen. Siap bagi reason sekali kenapa tak boleh keluar malam and tanya dia faham tak apa yang dicakapkan ni. Dia kata dia faham tapi malam ni dia buat lagi, Air mukanya langsung tak menunjukkan rasa bersalah. Hati saya dah kering, rasa kasihan dah tak ada lagi. Atau kalau adapun mungkin tak sebanyak dulu.

3.30 pagi
Tak dapat tidur lagi. Macamana ni, esok nak pergi kerja, nak drive lagi 40 km. Besok mesti kepala ni bengong. Dah 2 hari kepala sakit berdenyut-denyut, tak tau sebabnya. Lepas zohor aja kepala sakit, meyucuk-nyucuk. Ya Allah, selamatkanlah perjalanan ku ke tempat kerja esok pagi dan hilangkanlah sakit kepala ku ini.

Wahai anak, mengertilah
Janganlah diturutkan jiwa muda mu
Ikutlah nasihat ayah dan ibu
kerana
Ayah dan ibu juga pernah mengharungi usia muda ini
Dan mereka lebih mengerti apa yang terbaik untuk mu

Wahai kakak-kakaknya
Nasihatilah dia
Mungkin suara ibu ini sudah tidak berkesan lagi
Pitching yang sama, ayat yang sama, tone yang sama, suara yang sama
Mungkin
Dia perlukan suara yang lain pula.






Sunday, July 18, 2010

PhD

Jumaat lepas, saya ada berbincang dengan rakan-rakan se office pasal nak sambung belajar buat PhD. Umur saya dah expired tapi kalau cuba apa salahnya. Niat saya nak rehat dari bekerja selama 4 tahun dengan bergaji penuh. Tapi saya tak layak untuk mendapat scholarship dan tuition fees. Tak kisahlah asal saya dapat berehat dan memberi tumpuan kepada anak-anak saya.


Saya ni cakap aje nak berehat, tapi saya tau diri saya, tak akan sia-sia kan peluang yang diberikan. Saya pasti akan berusaha keras untuk mencapai menghabiskan PhD ni. Insyaallah, nanti nak solat istikarah mengenai hal ini.

Dulu masa rakan-rakan mengajak menjejaki mereka, saya tak mau. Kononnya, PhD tu nanti tak ke mana. Cakap saya, baik saya pergi belajar mengaji betulkan tajwid, belajar fiqah dan semua yang berkaitan dengan akhirat. Tup-tup, berubah pulak fikiran ni.

anak-anakku

Hari ni anak saya yang no. 4 tu kena pukul dengan bapa dia. Tak sakit sangat pun, bunyi aja kuat sebab kena pukul dengan surat khabar. Kesnya, malam tadi dia keluar rumah pukul 1:00 pagi pergi cyber cafe. Rata kami mencari, tapi tak jumpa. Dari Shah Alam sampai ke Subang Jaya. Lastly, kami gave up, balik rumah lebih kurang pukul 3.30 pagi. Tup-tup pagi ni masa bangun nak solat subuh, nampak dia terbaring kat sofa depan tv. Dah besar panjang pun kenal pukul lagi.


Saya dulu pun banyak kali kena rotan oleh ayah. Last sekali masa saya form 2, berbirat kat belakang, kalau tak silap 7 rotan. Lebih dari seminggu baru hilang kesannya. Kesnya saya bergaduh dengan adik. Prinsip ayah saya senang aje, kalau sapa-sapa nangis, yang besar kena rotan tak kira sapa yang buat hal dulu. Jadi mangsanya dah tentulah saya. Adik saya memang selalu ambil peluang, cuit sikit pun nak nangis. Tapi saya tau ayah sayang kat saya.

Anak saya yang no 4 ni memang degil. Tersangatlah degil. Ni bukan kali pertama dia keluar malam. Ada sekali tu , dia balik pukul 5 pagi. Tersirap darah saya, bila saya pergi check dia tak ada kat bilik. Dah macam-macam saya buat kat dia, marah, nasihat, dan macam-macam lagi, tapi dia buat tak tau je.

Saya dah tak boleh cerita lagi. sedih. sedih. sedih. Anak-anak saya tak macam anak-anak orang lain.

Monday, July 12, 2010

Anak yang soleh..

Aku impikan anak-anak yang soleh.

Soleh yang bagaimana?

Yang mendengar cakap, tidak rebellious, tidak menentang dan tahu apa yang aku lakukan adalah untuk kebaikan mereka.

Macam lembu cucuk hidung ke?

Taklah sampai macam tu. Tapi, sekurang-kurangnya mereka boleh memahami , boleh di bawa berbincang dan boleh terima alasan yang diberikan. Bukannya ikut kata hati mereka sahaja.

Bagaimana kalau dikurniakan anak yang bodoh tapi mendengar kata?

Alhadulillah, bodoh macamana sekalipun tapi kalau kalau dengar kata insyaallah akan pandai juga.

Losser.......

Sekali lagi aku rasa diriku seorang yang losser. Gagal dalam mendidik anak-anak supaya menjadi orang yang berguna. Aku tak tahu bagaimana untuk membuat dia faham yang apa yang aku lakukan adalah yang terbaik buatnya. Kedegilan, kegilaan, jiwa remaja, pemberontakan menjadikan dia menganggap apa yang aku lakukan kepadanya adalah sampah dan menyusahkan hidupnya.

Pengalaman sepatutnya mengajar aku lebih berhati-hati dalam mendidiknya. Tetapi, pendekatan yang aku gunakan pada kali ini juga tidak berjaya. Anak pertama dulu mungkin aku langsung tidak berpengalaman, tetapi aku cuba berubah dan menukar strategi dalam mendidik seterusnya tetapi nampaknya sia-sia. Nasihat, dorongan, leteran langsung tidak memberi kesan kepadanya.

Musnah.....
Semua harapan dan impianku musnah. Impian untuk melihatnya berjaya dan menjadi pemimpin kepada keluarga hancur berderai. Dialah satu-satunya yang aku harapkan untuk menjadi pelindung keluarga dan wali kepada adik beradik perempuannya.

Kecewa...
Aku kecewa....

Friday, June 18, 2010

UMRAH

Baru dua hari balik dari umrah. Pergi dengan membawa amanah, 2 anak beranak, seorang ibu 71 tahun yang buta huruf dan seorang lagi anaknya 51 tahun yang bersekolah agama setakat darjah 5. Pergi dengan bermahramkan anak saya, 16 tahun tapi tak diterima kerana belum cukup 18 tahun. So, saya dan anak saya bermahramkan dengan seseorang yang tidak saya kenali sementara dua beranak tadi tidak perlukan mahram sebab umur melebihi 45 tahun.

Saya telah menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya. Dari bab-bab rukun umrah hinggalah membawa dua beranak tersebut ke bilik air. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mereka dapat melakukan tiga kali umrah bemiqat di 3 tempat berlainan iaitu Bir Ali, Jaaranah dan Tanaim sementara saya pula dapat melakukan 4 kali umrah. Alhamdulillah, walaupun tak sampai 7 kali umrah itulah sahaja yang saya mampu lakukannya since mahram yang saya bawa ni tidak menjalankan tugasnya untuk menemani saya mengerjakan umrah.

Saya pun tak tahu apa aktivitinya since kami duduk di bilik yang berasingan kerana dia hanya memberitahu dia mengerjakan 2 kali umrah sahaja. Walaubagaimanapun, saya berkali-kali mengingatkan dia tentang fadhilat solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Harap-harap dia ikut nasihat saya.

Semasa umrah kali pertama, saya terkedu dan menitiskan air mata di tangga Masjidil Haram mengenangkan apa yang telah saya lakukan kepada dua beranak tadi tidak dapat saya lakukan perkara yang sama kepada mak saya. Ya Allah, ya Tuhanku, jika Engkau kurniakan pahala ke atas perbuatan ku itu, maka, aku ingin sedekahkan kepada kedua ibubapa ku. Amin.

Hati saya juga tersentuh melihatkan beberapa anak menolak ibu mereka yang tidak berdaya di atas kerusi roda sambil berdoa dan berzikir ke hadrat Allah SWT. Juga beberapa pasang suami-isteri yang berpimpin tangan dan berjalan perlahan-lahan sambil menghabiskan saie. Alangkah bahagianya mempunyai anak-anak yang soleh dan suami/isteri yang berkasih sayang dan sanggup berkongsi kehidupan baik dalam kesenangan mahupun dalam kesusahan.